Wednesday, December 10, 2008

MARI BERTARANNUM MUSIM KE 6






TERIMA KASIH KEPADA KREW-KREW TV9 YANG BERTUNGKUS LUMUS UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM MARI BERTARANNUM DARI MUSIM 1 HINGGA KE 6, TERUTAMANYA PENERBIT USTAZ WAN ALIAS / RUSSILA ILMI / AIZAH.

UNTUK MUSIM KE 6 KALI INI ADIK-ADIK AKAN BELAJAR TARANNUM HIJAZ YANG CUKUP MENAWAN DAN MENAMBAT HATI. DISAMPING ITU JUGA ADIK-ADIK DIDEDAHKAN DENGAN TEKNIK VOKAL YANG BETUL MENGGUNAKAN TEKNIK LONTARAN SUARA YANG MANTAP.

JANGAN LUPA UNTUK SAKSIKAN YER SETIAP ISNIN HINGGA KHAMIS JAM 6.30 PTG EKSLUSIF HANYA DI TV9...DEKAT DIHAAATIIII...

KELAS INTENSIF TERBARU DI KOTA BHARU



SEHARI BERSAMA USTAZ NIK AZIZAN DALAM KELAS INTENSIF AL-QURAN.
14/12/2008 (SABTU )
TERBUKA KEPADA SEMUA ADIK-ADIK YANG BERUMUR 9 HINGGA 15 TAHUN, SUDAH BOLEH MEMBACA AL-QURAN LAUPUN SKIT-SKIT.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA BACA PADA GAMBAR DIATAS.
HUBUNGI 0139393020 / 0133333727 / 097440607

Tuesday, December 2, 2008

ALBUM SULONG USTAZ NIK



Pengacara Mari Bertarunnum di TV9 beri peluang kepada penonton untuk perbaiki bacaan al-Quran

BERKAT dorongan dan rujukan ayahanda tercinta, Ustaz Nik Azizan Nik Jaafar, 34 menjadikan bidang tarannum sebagai kepakarannya kini. Lalu, wajahnya kini bukanlah sesuatu yang asing kerana mengacarakan program Mari Bertarannum di TV9 yang sudah pun bersiaran selama lima musim sejak awal tahun ini.

Bergelar pengacara, guru, pensyarah sambilan, penceramah dan pelajar di Universiti Malaya, kini Ustaz Nik Azizan melangkah setapak lagi melalui penghasilan album Surah Pilihan Nik Azizan terbitan Islamic Media Edutament.
Menghimpunkan sembilan surah pilihan, ia menjadi pilihan buah tangan terbaik buat peminat bacaan al-Quran dan juga peminatnya.

Tujuan utama terbitnya album ini bersifat umum dan lebih fokus kepada ayat hafazan yang sering dipertandingkan di peringkat sekolah. Dirakamkan pada September lalu, ketika umat Islam menyambut Ramadan, album ini hanya memakan masa tiga minggu untuk dihasilkan.

Mengenai album edaran Inteam Records dan Warner Music ini, kata Ustaz Nik Azizan lagi, moga album ini dapat dihayati sebaik mungkin kepada mereka yang ingin memperbetulkan bacaan daripada pelbagai aspek termasuklah bacaan dalam sembahyang.

UNTUK TEMPAHAN HUBUNGI : 0133333727 / 0139393020
HARGA : RM 16.90 (tak termasuk pos)