Tuesday, December 2, 2008

ALBUM SULONG USTAZ NIK



Pengacara Mari Bertarunnum di TV9 beri peluang kepada penonton untuk perbaiki bacaan al-Quran

BERKAT dorongan dan rujukan ayahanda tercinta, Ustaz Nik Azizan Nik Jaafar, 34 menjadikan bidang tarannum sebagai kepakarannya kini. Lalu, wajahnya kini bukanlah sesuatu yang asing kerana mengacarakan program Mari Bertarannum di TV9 yang sudah pun bersiaran selama lima musim sejak awal tahun ini.

Bergelar pengacara, guru, pensyarah sambilan, penceramah dan pelajar di Universiti Malaya, kini Ustaz Nik Azizan melangkah setapak lagi melalui penghasilan album Surah Pilihan Nik Azizan terbitan Islamic Media Edutament.
Menghimpunkan sembilan surah pilihan, ia menjadi pilihan buah tangan terbaik buat peminat bacaan al-Quran dan juga peminatnya.

Tujuan utama terbitnya album ini bersifat umum dan lebih fokus kepada ayat hafazan yang sering dipertandingkan di peringkat sekolah. Dirakamkan pada September lalu, ketika umat Islam menyambut Ramadan, album ini hanya memakan masa tiga minggu untuk dihasilkan.

Mengenai album edaran Inteam Records dan Warner Music ini, kata Ustaz Nik Azizan lagi, moga album ini dapat dihayati sebaik mungkin kepada mereka yang ingin memperbetulkan bacaan daripada pelbagai aspek termasuklah bacaan dalam sembahyang.

UNTUK TEMPAHAN HUBUNGI : 0133333727 / 0139393020
HARGA : RM 16.90 (tak termasuk pos)

No comments: